December 27, 2008

T . R . U . S . T


Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


T,R,U,S,T

five letters that everybody wants them

TRUST

one word which is very priceless

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan perkataan 'Trust'? Dalam Bahasa Melayu kita memanggilnya sebagai kepercayaan. Kepercayaan ini boleh membawa banyak definisi. Tetapi sekarang saya memilih kepercayaan yang memberi maksud rasa yakin yang teguh terhadap seseorang berdasarkan kepada integriti, keupayaan atau karekter individu tersebut. Lebih jelas lagi, kepercayaan yang dimaksudkan di sini berkait rapat dengan kejujuran dan sifat amanah.

Apakah sebenarnya nilai kepercayaan seseorang kepada diri kita?
Benarkah ia begitu penting?
Anda hayati dua ungkapan berikut:


"Trust is the easiest thing in the world to lose,
and the hardest thing to get back."
R. Williams

"It takes years to build up trust,
and only seconds to destroy it."

Anonymous


Analogi yang cukup baik untuk membayangkan betapa pentingnya dan betapa sukarnya kita membina kepercayaan orang lain terhadap kita. Betapa banyak kebaikan yang kita buat, segalanya akan musnah sekiranya kita melakukan sedikit kejahatan kepada orang lain.

Inilah yang terjadi kepada seorang kawan saya. Diharapkan dapat menjadi pengajaran buat kita semua. Pernah bekerja di tempat yang sama, lebih spesifik di sebuah stesen Shell. Satu hari, dia dipanggil oleh boss kami dan dia diberitahu dua sampul 'safe drop' sewaktu dia bekerja hilang. Jadi, gajinya untuk bulan itu perlu dipotong RM 600 (1 safe drop,RM300). Dia berasa tidak adil kerana dia tidak tahu langsung ke mana perginya wang tersebut. Dia lebih terkilan kerana kata-kata boss seperti mengagak dia yang mengambil wang tersebut walaupun dia telah menafikan (wallahualam). Kemudian, 2 hari selepas itu dia melakukan sesuatu yang tidak disangka. Dia benar-benar mengambil RM 300. Agaknya untuk membalas dendam atau rasa sakit hati yang amat sangat. Itulah kesilapan terbesar yang dilakukannya.Malang, perbuatannya dikesan oleh CCTV. Serta-merta dia diberhentikan.

Setelah dia melakukan perbuatan, kesemua wang yang hilang sebelum ini diletakkan di atas pundaknya. Dia memberitahu saya memang dia sakit hati dan dia melakukan itu untuk membalas dendam. Tetapi, wang yang diambil itu langsung tidak diusik. Dia akan memulangkannya segera.Walaupun begitu, segalanya tidak dapat diundur lagi. Baru-baru ini, saya ke tempat kerja saya. Rakan-rakan di situ memberitahu, boss sudah membuat laporan polis. Dan dia mungkin berkemungkinan berhadapan dengan denda RM 15,000 atau penjara. Subhanallah...hanya kerana satu kesilapan yang didorong nafsu.

Cukup sukar untuk membina kepercayaan orang terhadap dirinya, namun segalanya hilang sekelip mata. Semoga menjadi iktibar buat kita semua terutama diri saya sendiri...InsyaALLAH

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya)." Al-Anfal, 8:27

Glosari:
Safe Drop - Sejumlah wang yang perlu diletakkan di dalam peti besi apabila sudah mencapai jumlah tertentu



December 22, 2008

MusyahidMujahid's Masterpiece

Assalamualaikum W.B.T
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kepada ALLAH S.W.T
dengan izin dan rahmatNya dapat saya mulakan blog saya ini.
Disebabkan kekangan tertentu, penghasilan blog ini agak lama tertangguh.
InsyaALLAH, semoga selepas ini, blog ini dapat menjadi
pena cetusan ilmu dan tinta curahan idea yang bermanfaat
sebagai panduan bagi kita semua.
Secara jujurnya, penulisan blog ini lebih bertujuan untuk
memperbaiki kekurangan diri, kelemahan hati.
Ramai yang memandang tinggi
namun hakikatnya bukan begitu.
Oleh itu, nasihat dan bimbingan rakan-rakan
amat saya harapkan.

Terima kasih kepada sahabat-sahabat terutama adik saya
yang tidak jemu memberi dorongan untuk menulis blog.
Semoga aura semangat kalian turut meresap jauh ke hati saya.

Cukup setakat ini sebagai muqaddimah.
InsyaALLAH dalam masa terdekat akan terhasil
post yang baru :)
Kepada mereka yang sanggup meluangkan masa
melawat blog ini, jangan lupa tinggalkan komen-komen anda.

Terima kasih sekali lagi.Sekian..