December 27, 2008

T . R . U . S . T


Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


T,R,U,S,T

five letters that everybody wants them

TRUST

one word which is very priceless

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan perkataan 'Trust'? Dalam Bahasa Melayu kita memanggilnya sebagai kepercayaan. Kepercayaan ini boleh membawa banyak definisi. Tetapi sekarang saya memilih kepercayaan yang memberi maksud rasa yakin yang teguh terhadap seseorang berdasarkan kepada integriti, keupayaan atau karekter individu tersebut. Lebih jelas lagi, kepercayaan yang dimaksudkan di sini berkait rapat dengan kejujuran dan sifat amanah.

Apakah sebenarnya nilai kepercayaan seseorang kepada diri kita?
Benarkah ia begitu penting?
Anda hayati dua ungkapan berikut:


"Trust is the easiest thing in the world to lose,
and the hardest thing to get back."
R. Williams

"It takes years to build up trust,
and only seconds to destroy it."

Anonymous


Analogi yang cukup baik untuk membayangkan betapa pentingnya dan betapa sukarnya kita membina kepercayaan orang lain terhadap kita. Betapa banyak kebaikan yang kita buat, segalanya akan musnah sekiranya kita melakukan sedikit kejahatan kepada orang lain.

Inilah yang terjadi kepada seorang kawan saya. Diharapkan dapat menjadi pengajaran buat kita semua. Pernah bekerja di tempat yang sama, lebih spesifik di sebuah stesen Shell. Satu hari, dia dipanggil oleh boss kami dan dia diberitahu dua sampul 'safe drop' sewaktu dia bekerja hilang. Jadi, gajinya untuk bulan itu perlu dipotong RM 600 (1 safe drop,RM300). Dia berasa tidak adil kerana dia tidak tahu langsung ke mana perginya wang tersebut. Dia lebih terkilan kerana kata-kata boss seperti mengagak dia yang mengambil wang tersebut walaupun dia telah menafikan (wallahualam). Kemudian, 2 hari selepas itu dia melakukan sesuatu yang tidak disangka. Dia benar-benar mengambil RM 300. Agaknya untuk membalas dendam atau rasa sakit hati yang amat sangat. Itulah kesilapan terbesar yang dilakukannya.Malang, perbuatannya dikesan oleh CCTV. Serta-merta dia diberhentikan.

Setelah dia melakukan perbuatan, kesemua wang yang hilang sebelum ini diletakkan di atas pundaknya. Dia memberitahu saya memang dia sakit hati dan dia melakukan itu untuk membalas dendam. Tetapi, wang yang diambil itu langsung tidak diusik. Dia akan memulangkannya segera.Walaupun begitu, segalanya tidak dapat diundur lagi. Baru-baru ini, saya ke tempat kerja saya. Rakan-rakan di situ memberitahu, boss sudah membuat laporan polis. Dan dia mungkin berkemungkinan berhadapan dengan denda RM 15,000 atau penjara. Subhanallah...hanya kerana satu kesilapan yang didorong nafsu.

Cukup sukar untuk membina kepercayaan orang terhadap dirinya, namun segalanya hilang sekelip mata. Semoga menjadi iktibar buat kita semua terutama diri saya sendiri...InsyaALLAH

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya)." Al-Anfal, 8:27

Glosari:
Safe Drop - Sejumlah wang yang perlu diletakkan di dalam peti besi apabila sudah mencapai jumlah tertentu



5 respon:

a.y.u said...

TRUST...simple je kan bunyik dia...tp sebenarnya beban word TRUST tu adalah antara syurga n neraka...

Fairuz Sallehuddin said...

sian kawan kau tu. mangsa keadaan.
*aku bersangka baik:)

joereza said...

kadang-kadang semua itu dugaan Tuhan. kalau tak sabar, padah la.

btw, selamat berblogging...haha

anis shafikah said...

mari berdoa utk si dia.jgn la dikenakan hukuman yg bawa rekod.

:: abdussolehin :: said...

[ayu] : btul tu.sumenye berkaitan ngan amanah & tanggungjawab.akan disoal nanti.huhu..

[fai] : ehe..ye la.aku pun bersangka baik.aku pun dh dgr cite dari dua2 pihak.xde la aku judge cite dari 1 pihak je.

[reza] : a'ah..ujian.kalo wat sumthin' x fikir pjg,camtu la jadinye.reza,kagum ngan blog ko :D

[anis] : insyaALLAH..moga2 dia x ulang kesilapan tu.