July 26, 2009

bicara hati

Dengan nama ALLAH
Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Semalam berpeluang berwebcam dengan saudara mara nun jauh di sana. Semua mereka berkumpul di rumah aku. Nenek, umi teh, acik, paksu & anak² mereka yang comel mengubat sedikit kerinduan di kampung halaman. Melihat wajah abi, wajah seorang ayah yang sangat menenangkan hati. Umi sibuk di dapur. Terhibur melihat telatah Kak Long yang lincah, Kak Ngah yang agak pemalu, Humaira yang banyak mulut & si kecik ainin sofea yang tak mahu mengalah dengan kakak²nya. Teringat pesanan & nasihat daripada umi teh, acik & paksu yang tidak jemu memberi semangat. Namun, saat paling meruntun hati, tika melihat wajah nenek di atas kerusi roda. Mengalir air mata nenek sebaik melihat aku tanpa sebarang bicara. Tergugah kegembiraan di jiwa. Kesedihan pantas melanda. Terasa ingin memeluk nenek ketika itu jua. Ternyata nenek sangat sedih dengan pemergian aku ke sini di kala dia baru kehilangan upaya untuk menapak di bumi ALLAH ini. Hanya kerusi roda membawanya ke mana-mana. Doaku semoga nenek sabar dan diberi kekuatan.

Kerinduan ini semakin menebal. Teruskan sem ini solehin! Dan tunggulah kesempatan anda bertemu mereka hujung tahun ini,insyaALLAH..

♥ wajah² yang dirindui ♥


umi & abi


kak long, humaira, kak ngah & si kecik ainin sofea

- salam rindu dari sydney -

June 08, 2009

counting days..

Dengan nama ALLAH
Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Hari ini bertapa di library sampai matahari terbenam
Solat di library
Lunch di library (coklat jadi pengalas perut)
Fizik ujian pertama (less than 4 days from now)
Esoknya math.
Last sekali, computing.
Silibus belum khatam.
Exercise tak cukup lagi.
Hati berdebar-debar.
Aku akan membuang masa
Di library ini.

Doakan aku dan kawan-kawan di sini
Semoga dipemudahkan.

p/s : maaf. post pendek. sekadar meredakan tekanan :)

May 18, 2009

We Will Not Go Down (Song For Gaza)

Dengan nama ALLAH
Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

We Will Not Go Down (Song For Gaza) - Michael Heart



A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die

We will not go down
In the night, without a fight
We will not go down
In Gaza tonight



Lagu ni sangat menyentuh hati. Dengar lagu & hayati liriknya. Anda akan menangis. Percayalah..

Ya ALLAH, berilah kekuatan kepada Palestin
Selamatkanlah Masjidil Aqsa
Bantulah penduduk Palestin
Ameen..

April 14, 2009

Ungkapan seorang sahabat

Dengan nama ALLAH
Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

"Orang yang kurang pandai akan melepaskan peluang, orang yang pandai akan mengambil peluang, orang yang bijaksana akan sentiasa mencari peluang".

Ungkapan yang menarik. Memberi maksud yang mendalam terutama buat diriku yang masih terkapai-kapai dan terkebil-kebil. Ketika rakan-rakan aku sudah jauh ke hadapan, aku masih di sini, mencari tujuan dan hala tuju sebenar. Terima kasih Afiq untuk kata-kata semangat dan perhatian yang diberikan. Ternyata kamu dapat membaca apa yang tersimpan di sebalik hati ini. Senyuman yang terpaksa tetapi sebenarnya kosong, begitu kata Afiq. Aku akui itu. Ada benarnya. Walaupun di sini sangat kurang(hampir tiada sebenarnya) bi'ah solehah, tetapi kita perlu mencari suasana itu, perlu termasuk dalam golongan yang bijaksana itu, tambah Afiq lagi. Benar,aku setuju. Bimbing aku wahai sahabatku. Sangat perlukan seseorang seperti kamu di bumi ALLAH yang cukup asing ini.

"Sebagai pelajar, tanggungjawab nombor satu kita ialah belajar, tetapi dakwah tidak boleh dijadikan sebagai tanggungjawab nombor dua".

Faham maksud itu?Ya, kedua-duanya perlu bergerak seiring. Maknanya ada dua tanggungjawab nombor satu kita sekarang ini.

Semoga aku lebih efisyen selepas ini. Kita harus menjadi golongan bijaksana. Wajib sebenarnya!

p/s : terima kasih afiq. walaupun letih baru tiba dari melbourne, sempat kamu memberi input berguna untuk aku malam ini :)

March 10, 2009

5+1 : a hectic & exhausted day

Dengan nama ALLAH
Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Hari pertama hadir secara rasmi ke kuliah dan tutorial sebagai undergraduate. Agak memenatkan mengharungi 5 jam lecture dan 1 jam tutorial. Kelas pertama, tutorial matematik(tutorial dah mula walaupun kuliah tak mula lagi). Bersama Dr Peter Blannerhassett(adoi), kami ulangkaji balik apa yang pernah belajar sebelum ni. Serius blur selepas 8 bulan mengaratkan otak. Soalan yang agak mudah, rase macam susah. Oh..sangat perlukan dan rindukan nota2 Pn. Hasnor. Betul kan Redza & Yat? Menyesal rasanya pergi jual nota2 tu kat apek beli kertas dulu.adeyh..

Kemudian, berulang-alik dari bilik kuliah ke surau & vice versa, cukup membuat kami berpeluh semasa sampai di bilik kuliah untuk subjek komputer. Kepenatan+kenyang makan kebab separuh+dah pukul 2pm, memang mengantuk. Aku kadang2 terlelap gak. Tengok sebelah kiri, Suhaili pun sama. Tengok sebelah kanan, Redza berjaya bertahan.ceh..

Habis komputer, pergi kuliah akhir, fizik. Pukul 5 mula belajar fizik.adoi..masa tengah tunggu lecturer, tiba2 ada seorang cuit bahu aku dan dia cakap:

"You're in the tutorial with Dr Peter right?"
"Yeah.."(masih terkejut)
"What's your name?"
"I'm Solehin. Yours?"(berlagak tenang)
"Pooja" sambil menghulurkan tangannya.
"Err..i'm sorry. i can't shake hands with you"(teragak-agak, kot2 die berkecil hati)
"Oh..you're a muslim?"
(Sekadar mengangguk. Rasa lega sebab dia memahami)
"You told Dr how to pronounce someone name,right?"
"Yes, i told his name."(sambil menunjuk ke arah redza)
(Redza tersipu-sipu malu dan berkata 'hai' kepada Pooja :P)

Satu pengalaman yang tak pernah dialami sebelum ni. Tak pernah perempuan bukan muhrim menghulurkan tangan untuk bersalam. Alhamdulillah..boleh menolak dengan cara baik & syukur dia memahami prinsip orang Islam :)

Sekarang, sudah mula rasa bahang menjadi pelajar universiti. Dilantik jadi AJK Malaysia Hall pula (pencalonan oleh Odie, si roommate bertuah). Disokong lagi dengan penolakan oleh Kak Iza(kenapa la Kak Iza yang dah berpengalaman tolak kat saya.haih..) Apa nak buat. Perlu memikul tanggungjawab sebaik mungkin sama ada suka atau tidak. Tak nak dipersoalkan di hadapan ALLAH nanti.

Ya ALLAH, berilah keteguhan iman dan hati, kekuatan jasmani, kecerdasan akal, kebaikan rohani dan keindahan peribadi kepada hambaMu yang lemah ini. Berikanlah aku, keluargaku, saudara-saudaraku, sahabat-sahabatku, dan keseluruhan umat Islam kejayaan di dunia dan Akhirat. Ameen..

Selawat dan salam buat Rasulullah S.A.W. Kekasih ALLAH, insan mulia, role model untuk kita semua..insyaALLAH..

January 30, 2009

Dengan nama ALLAH
Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Erm..dah lama tak update blog ni. Agak sibuk kebelakangan ni. Tapi dalam kesibukan itu, sempat gak pergi bercuti dengan umi&abi. Umi abi kata nak rilex sebab letih sejak sesi persekolahan bermula. Tujuan lain mungkin untuk bawa aku jalan-jalan sebelum berangkat nanti :)

Destinasi?Kelantan&Terengganu. Dah lama tak pergi sana. Kali terakhir jejak kaki ke kelantan, masa darjah 6. Masa tu, pergi ramai-ramai dengan saudara mara. Nenek, mak lang, makcik, mak teh semua ada. Tujuannya nak hiburkan hati setelah pemergian pak lang (semoga roh arwah dicucuri rahmatNya). 8 tahun berlalu, banyak perubahan di kelantan. Dah makin maju di bawah sinaran purnama :D

Cuma satu yang tak berubah, suasana Islam yang semakin jelas ketara. Cukup kagum. Setiap papan tanda pasti ada tulisan jawi. Model perempuan untuk iklan, semuanya bertudung macam gambar di bawah ni:

bagus kan?

Model iklan pakaian forest pun pakai tudung. umi kata dengan nada slumber "kalau kat tempat kita,tali baju dalam pun nampak". Betul!sangat bersetuju dengan umi.

Lepas kelantan, pergi kejap ke kuala terengganu. Sempat bersolat di Masjid Kristal. Memang cantik sepadan dengan kos membinanya. Semoga masjid itu diimarahkan dengan sebaik-baiknya, bukan sekadar menjadi tempat lawatan.

masjid kristal

Kemudian, berpeluang ke Taman Tamadun Islam. Tak jauh, sebelah je dengan Masjid Kristal. Tiket masuk RM10. Mula-mula tertanya-tanya gak, berbaloi ke masuk dalam tu,macam takde pape je. Tapi bile dah masuk, memang menarik. Replika masjid dari seluruh dunia dibina di situ macam Masjidil Haram, Al-Hambra, etc.

masjid sultan suleyman, turki


kudus minar, indonesia
(nampak cam real x? :D)

Paling menarik, Masjidil Aqsa. Satu-satunya replika kat situ, yang dibina supaya pengunjung boleh masuk. Masuk-masuk je, terus rasa sayu. Teringat saudara-saudara di Palestin berjuang bermati-matian mempertahankan Masjidil Aqsa. Semoga mereka diberi kekuatan.

kat depan masjidil aqsa


dalam masjidil aqsa
sekali replika batu tergantung

Setakat tu la serba sedikit perkongsian pengalaman di Kelantan&Terengganu. Silalah sahabat-sahabat jika berkesempatan :)

SEKILAS : Semalam sempat kemas buku-buku dalam bilik. Terjumpa buku ni

Si Buraburi :D

Hehe..kalau nak tahu, ni la buku pertama aku diajar membaca lepas kenal huruf. Tak ingat masa tu umur berapa tapi sebelum umur 6 tahun la. Terima kasih untuk umi&abi yang beli buku ni dan ajar cara membaca. Tak lupa untuk kakak saudara yang ambil alih tugas umi&abi lepas tu. Kak Ijah, Kak Ana, Kak Ngah, Kak Dilah, Kak Rohaida, Kak Siah. Kadang-kadang aku kacau mereka tengah study semata-mata minta ajar aku. Teringat semasa di tadika..

Cikgu : Sapa ajar solehin baca?
Aku : Kakak
Cikgu : (Pelik) Bila solehin ada kakak?

Terima kasih banyak-banyak. Tanpa jasa kalian, mungkin aku tak berada dalam keadaan sekarang. Terima kasih kerana melayan kerenah diriku ini.

January 01, 2009

Bangunlah!!

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

PALESTIN sedang bermandi darah,
bangunlah dari lena kawan-kawanku!

ISRAEL sedang mengganas!
bersatulah wahai saudara-saudaraku!


Daripada Thauban, Rasulullah telah bersabda:”Manusia hampir ke semuanya berkerumun memusuhi kamu seperti orang yang mengerumuni makanan di dulang.” Seorang sahabat bertanya:” Adakah pada hari itu kami sedikit?” Jawab Rasulullah:” Kamu pada ketika itu ramai, tetapi kamu seperti buih banjir. Allah telah menghilangkan daripada hati musuhmu perasaan takut kepada kamu dan menempatkan dalam hatimu perasaan takut dan lemah.” Seorang sahabat lagi bertanya:”Apakah kelemahan itu?” Jawab Rasulullah:” Kasihkan dunia dan bencikan mati.” (Riwayat Abu Daud)


Sabda Rasulullah sudah lama menjadi kenyataan. Dan sekarang ini sudah semakin jelas. Rakyat Palestin sedang berjuang bermati-matian menentang ISRAEL laknatullah. Rakyat Palestin terkorban setiap hari, syahid di jalan ALLAH. Rakyat Palestin ditindas dan dianiaya. Cukup mengecewakn kita sebagai saudara seakidah tidak mampu berbuat apa-apa. Saban hari melihat air mata yang mengalir pada wajah-wajah penduduk Palestin, cukup memilukan hati. Ya ALLAH, berilah kekuatan, ketabahan dan keberanian kepada rakyat Palestin. Ya ALLAH, satukanlah kembali hati-hati kami untuk berjuang di jalanMu..

Wahai sahabat-sahabat,
marilah sama-sama kita membaca Qunut Nazilah semasa solat kita.
Walaupun nampak kecil, namun doa adalah senjata umat Islam.
InsyaALLAH..


QUNUT NAZILAH
Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur

Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”