July 26, 2009

bicara hati

Dengan nama ALLAH
Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Semalam berpeluang berwebcam dengan saudara mara nun jauh di sana. Semua mereka berkumpul di rumah aku. Nenek, umi teh, acik, paksu & anak² mereka yang comel mengubat sedikit kerinduan di kampung halaman. Melihat wajah abi, wajah seorang ayah yang sangat menenangkan hati. Umi sibuk di dapur. Terhibur melihat telatah Kak Long yang lincah, Kak Ngah yang agak pemalu, Humaira yang banyak mulut & si kecik ainin sofea yang tak mahu mengalah dengan kakak²nya. Teringat pesanan & nasihat daripada umi teh, acik & paksu yang tidak jemu memberi semangat. Namun, saat paling meruntun hati, tika melihat wajah nenek di atas kerusi roda. Mengalir air mata nenek sebaik melihat aku tanpa sebarang bicara. Tergugah kegembiraan di jiwa. Kesedihan pantas melanda. Terasa ingin memeluk nenek ketika itu jua. Ternyata nenek sangat sedih dengan pemergian aku ke sini di kala dia baru kehilangan upaya untuk menapak di bumi ALLAH ini. Hanya kerusi roda membawanya ke mana-mana. Doaku semoga nenek sabar dan diberi kekuatan.

Kerinduan ini semakin menebal. Teruskan sem ini solehin! Dan tunggulah kesempatan anda bertemu mereka hujung tahun ini,insyaALLAH..

♥ wajah² yang dirindui ♥


umi & abi


kak long, humaira, kak ngah & si kecik ainin sofea

- salam rindu dari sydney -

4 respon:

anis shafikah said...

semoga selamat pulang ya.

Fairuz Sallehuddin said...

Chaiyokk sol!jangan putus asa.bosan2,lemah2 jom cari agduh dengan aku k ;)

Anonymous said...

jemput lah, ke fuiyo di UK disember ni. boleh lawat website nya. http://fuiyo.iluvislam.com

.MiN. said...

:)..sedap ayt, mcm bunde, :)