January 01, 2009

Bangunlah!!

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

PALESTIN sedang bermandi darah,
bangunlah dari lena kawan-kawanku!

ISRAEL sedang mengganas!
bersatulah wahai saudara-saudaraku!


Daripada Thauban, Rasulullah telah bersabda:”Manusia hampir ke semuanya berkerumun memusuhi kamu seperti orang yang mengerumuni makanan di dulang.” Seorang sahabat bertanya:” Adakah pada hari itu kami sedikit?” Jawab Rasulullah:” Kamu pada ketika itu ramai, tetapi kamu seperti buih banjir. Allah telah menghilangkan daripada hati musuhmu perasaan takut kepada kamu dan menempatkan dalam hatimu perasaan takut dan lemah.” Seorang sahabat lagi bertanya:”Apakah kelemahan itu?” Jawab Rasulullah:” Kasihkan dunia dan bencikan mati.” (Riwayat Abu Daud)


Sabda Rasulullah sudah lama menjadi kenyataan. Dan sekarang ini sudah semakin jelas. Rakyat Palestin sedang berjuang bermati-matian menentang ISRAEL laknatullah. Rakyat Palestin terkorban setiap hari, syahid di jalan ALLAH. Rakyat Palestin ditindas dan dianiaya. Cukup mengecewakn kita sebagai saudara seakidah tidak mampu berbuat apa-apa. Saban hari melihat air mata yang mengalir pada wajah-wajah penduduk Palestin, cukup memilukan hati. Ya ALLAH, berilah kekuatan, ketabahan dan keberanian kepada rakyat Palestin. Ya ALLAH, satukanlah kembali hati-hati kami untuk berjuang di jalanMu..

Wahai sahabat-sahabat,
marilah sama-sama kita membaca Qunut Nazilah semasa solat kita.
Walaupun nampak kecil, namun doa adalah senjata umat Islam.
InsyaALLAH..


QUNUT NAZILAH
Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur

Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”

2 respon:

joereza said...

Allahuakhbar...aku dah banyak berdoa,itu yang termampu..

Jewish zionist keji beb, alasan same je..bosan..1 nyawa israel dibalas dengan 200 nyawa palestinean

:: abdussolehin :: said...

betul reza..memang dari dulu israel camtu.semua agama,bangsa selain yahudi,dianggap anjing.diorang je la yang mulia.kunun..semoga ALLAH membantu rakyat Palestin..